Pikat Wanita Dengan Kata-kata



Oleh itu anda perlu anda tahu apa yang perlu diungkapkan ketika berhadapan dengan mereka. Ikuti panduan ini:

1. Puji Dengan Kata-kata Manis

Apabila anda meminati seorang wanita, ungkapkanlah kata-kata manis di awal perkenalan. Beritahu dirinya bahawa anda sudah lama memerhatikan dirinya, menyukainya dan menyenangi akan sikap-sikapnya.

Percayalah apabila anda memulakan sebuah pujian, sudah tentu si gadis manis yang anda puji itu akan tersipu-sipu malu. Wanita luarnya nampak seperti keras tetapi dalamannya sangat lembut. Jadi pujilah dengan kata-kata yang manis, percayalah si dia akan menjadi milik anda. Ungkaplah kata-kata yang anda menyukai dirinya dan tanyalah pada teman, adakah dia juga berperasaan yang sama. Sudah pasti mukanya akan merah tersipu-sipu malu.

2. Jangan Sesekali Mengeluarkan Kata-kata Kesat

Sesetengah orang suka bergurau dan ada kalanya perkataannya agak kasar didengari. Sekali pun bergurau, jangan anda memperlekehkan dirinya. Ini merupakan satu kesalahan yang agak besar dan kalau anda tersalah langkah, anda akan rugi kerana si dia sudah tidak berminat lagi untuk meneruskan perhubungan. Tidak ada orang yang suka kepada perbuatan yang menyakitkan hati. Sebaliknya pujilah dia dan percayalah hubungan anda akan lebih bertambah mesra.

3. Jangan Bersikap Kasar

Memarahi, memperlekeh, memperbodohkan orang dan sebagainya adalah satu sikap biadab dan paling tidak digemari oleh wanita. Kadang-kala kita sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata begitu ketika bergurau dengan kawan-kawan lelaki tetapi ingatlah, jiwa wanita tidak sama dengan lelaki.

Jiwa mereka lebih sensitif dan mudah terluka. Jangan hanya disebabkan dengan satu dua perkataan begini, hubungan anda akan renggang. Bersopanlah kerana lelaki yang bersopan biasanya lebih disukai dan diminati oleh ramai wanita.

4. Jangan Tunjukkan Memek Muka

Memek muka ketika berbicara juga adalah satu aspek penting dalam sebuah perhubungan. Kalau si dia berbicara dengan anda, jangan sesekali membuat memek muka seolah-olah anda tidak bersetuju dengan pendapatnya itu. Sebaliknya, kalau anda tidak bersetuju dengan pendapatnya, berilah komen-komen yang agak positif.

Tiada ulasan: