Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
- Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
- Anda akan sentiasa merindui dia.
- Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
- Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
- Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
- Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
- Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
- Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
- Dia sentiasa di fikiran anda.
- Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
- Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
- Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan