Untuk Mu Sayang




Kepada dia yang aku cintai, sejak berkenalan dengan kau, sehingga kini, terdapat banyak kata-kata yang ingin aku lepaskan, namun… aku tidak dapat mencari titik permulaanya. Perasaanku diharap dapat terus sampai kepadamu melalui hembusan angin ini. Aku sering menanti kehadiranmu dan seolah-olah memikirkan sesuatu menyebabkan aku jauh ketinggalan ke belakang. Aku tidak pernah walau sekali memahami perasaan kau itu. Aku seringkali meneka hati kau untuk ketahui, adakah kau lebih mencintaiku hari ini berbanding semalam? Pada saat aku melayani persoalan bahawa aku tidak secocok denganmu.. kau hadir lalu berkata bahawa kau sukakan aku. Namun tatkala aku ingin memeluk hatimu, kau akan menyimpannya dengan dalam lalu beralihkan diri..mengapa kau hadir tatkala aku cuba untuk melupakanmu?? Kau telah menjadikan dirimu sebagai satu-satunya kehendak aku. Apabila kau tiada disisi, apakah makna diriku ini?? Dengan jatuh cinta pada kau, aku telah menjadi seorang yang pengecut..dengan jatuh cinta pada kau, aku telah menjadi aku. Tapi mengapa setelah aku kehilangan kau, baru aku sedar bahawa aku sebenarnya sukakan kau? Kau telah membuatkan aku sukakan kau secara menyeluruh, termasuk jua diriku sendiri. Meskipun sering bertengkar, namun inilah satu-satunya faktor pengantaraan kami berdua. Manusia lazimnya akan menjalani suatu perkara tanpa mengikut harapan sendiri, namun mengapa aku hanya tidak mahu menelan kebenaran ini apabila dibelenggu kesedihan? Mencintai dan dicintai, mungkinkah terkandung kesengsaraan yang sama berat pikulnya? Harap-harap, kau berada di satu sudut di dunia ini menikmati kehidupan yang sempurna dan yang kau harap-harapkan selama ini. Maafkan aku kerana menyintaimu sehingga kini. Walau aku sedar bahawa aku tak mungkin akan memilikimu lagi.



“Memang seronok bila dapat bersama dengan orang yang tercinta.Tapi amat payah untuk menerima hakikat apabila yang d’cinta itu sukar untuk d’miliki…”

Tiada ulasan: