Cemburu

Bila kes mengenai cemburu ramai dah tau apa puncanya bukan? Ada macam-macam situasi cemburu boleh dikaitkan. Kes cemburu baik perempuan mahupun lelaki kisahnya sama sahaja. Adanya cemburu pasti akan timbulnya rasa marah terhadap pasangan.


Cemburu bagaikan garam dalam masakan. Secukup rasa garam kira okey lah bila di makan. Tapi bila terlebih garam rasa mungkin akan terjejas. Macam tu juga cemburu, adakalanya cemburu boleh mendatangkan kebaikan tapi adakalanya boleh mendatangkan keburukan.


Cemburu buta
Selalunya kes mengenai pasangan couple. Bila merasakan pasangan mereka terlebih bahagia dengan kawan-kawan lain, mesti ada sahaja benda tak kena. Setengah individu merasakan dirinya dipermainkan itu pasal bangkitnya cemburu buta. Cemburu buta disebabkan diri terasa tidak percaya akan pasangan kita. Langkah yang selalu diambil adalah menerjah / serang kepada mangsa tanpa usul periksa terlebih dahulu.
"Pasangan yang kuat cemburu buta ni selalunya tak akan pergi ke mana.. Alih-alih gaduh saja dengan pasangan.. Pastu putus...? Macam tu lah kita sekarang........."
Cemburu tak bertempat
Ini kelakar, aku cukup pelik dengan pasangan macam ni. Yea lah cemburu tak kena tempatnya. Orang yang macam ni saja nak cari masalah padahal benda kecil je. Contoh situasi dekat kelas / kolej, pasangan couple kita bersembang mesra dengan kawan-kawan lain (boy/girl). Apa tindakkan dia? Tak merajok , mesti perli-perli , tak perli mula lah ungkit-ungkit . tak pun ugut nak putus la apa la.. hmmm tak paham dengan awak!
"Awak pergi jelah dengan dia.. saya bukan ada apa-apa pun dengan awak..."
Tapi aku tau setiap pasangannya mesti tak suka bila pasangannya mesra dengan orang lain berbanding dengan dia. Ini hal korang lah nak settle macam mana...


*****************

Cemburu ni selalunya bawak malapetaka. Tak penah ada situasi cemburu ni bertahan dengan lebih lama. Diri kita sendiri yang patut kawal rasukan cemburu tu. Bukan kita merelakan rasukan cemburu tu menguasai diri kita.

Habis binasa diri kita sendiri dik kerana cemburu membabi buta dengan orang lain. Tak elok untuk kita cemburu tak tentu pasal. Cuba bawa bertenang dan fikir secara waras dan matang. Takkan otak dan hati ang dah beku kot?? Haloo?! Dah beku ke?

Kawal Emosi
Bab ni selalu kita abai. Betul tak? Abis kuat pun kita lepaskan rasa cemburu tu sehabis mungkin. Nak marah ke apa ke janji puas! Dah puas?? Lega lah? Dan lega pergi ambil air sembahyang......

Buat apa ang nak marah lebih-lebih / cemburu lebih-lebih. Cuba ang kawal sikit emosi ang tu. Ambil air sembahyang dan tenangkan fikiran. Baru lah otak tu segar dan tak di ganggu seth tan.

Bila ang tak kawal emosi ang tu besar kemungkinan ang akan terbawa-bawa kemarahan ang sendiri sampaikan ang rasa mahu memukul pasangan ang sendiri. Betul tak?

Pukul Pasangan
Yang menjadi mangsa pukul mestilah perempuan. Ye tak? Angkara cemburu jugalah pasangan kita boleh menjadi berang dengan pasangan sendiri. Pukul? Mungkin ini cemburu di sebabkan cinta tiga segi. Biasanya macam tu lah kot....mangsanya perempuan.. Kenapa ya?

Mengapa Lelaki Kuat Cemburu?
Ini disebabkan lelaki tu terlampau sayang dengan pasangannya. Please jangan buat lelaki menjadi gila dik kerana perbuatan cinta tiga segi. Kalau lelaki tu dah terlampau sayang dengan korang, jangan plak korang mempermainkan perasaan dia. Kekadang kemarahan lelaki boleh membawa padah terhadap pasangannya. Alih-alih gaduh dan putus jugak.

Kalau Perempuan Macam Mana?
Cemburu seorang perempuan pula sama macam lelaki juga kalau kes cinta tiga segi juga lebih kurang sama. Terlampau sayang akan pasangan macam-macam jugalah reaksi akan muncul. Habis kuat pun perempuan kalau berang takkan berani memukul pasangannya. Tapi mereka mengunakan aset yang ada. Mulut.

Mulut
Membebel , memaki hamun tak tentu pasal terhadap pasangan dia. Pedih mendengar bila perempuan membebel panjang lebar , kalau memaki hamun tak ingat dunia dekat pasangan dia. Alih-alih gaduh dan putus jugak.


Apa Perlu Aku Buat Untuk Mengatasi Cemburu?
  1. Betulkan niat. Mengapa anda bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat, malah amalan yang disertai bersama niat, insya-Allah ada ganjarannya. Begitu juga dalam bercinta. Perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan, anda tidak akan rasa sedih. Malah, jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.
  2. Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru, kekasih, isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita. Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik. Justeru, anda akan mula belajar erti reda.
  3. Dekatkan pada Maha Pencipta. Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang, begitu juga apabila putus cinta. Dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita lantas rasa cemburu, gundah, iri, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang.

Banyak benda yang perlu dilakukan.. usah lah kita rasa cemburu terlebih dengan pasangan kita. Kalau lebih cemburu akan bawak malapetaka. Biar banyak mana rasukan hantu cemburu yang datang pada kita, kita jangan sesekali merelakan cemburu itu menguasai diri kita.


Baik untuk kita kalau kita pandai kawal diri daripada cemburu buta babi....


Tiada ulasan: