AKU NAK CERITA::003_Fixie



Fixie tu basikal track la yang Josiah Ng selalu guna semasa perlawanan sukan asia tuh.. Di USA ia dikenali sebagai fixie ataupun fixed-gear/wheel bicycle.. Membolehan penunggang memberhentikan basikal tanpa menggunakan brek, dengan gear tetap, dan juga boleh di tunggang secara reverse.
Biasanya di gunakan untuk track cycling di dalam velodrome.. Di U.K sehingga 1950 penunggang biasanya menggunakan fixie untuk time trials.


Apa yang dapat dilihat, pemiik fixie lebih gemar mewarnakan basikal mereka dengan warna-warna yang terang.. Apabila mereka bergerak secara berkumpulan dengan fixie pelbagai warna, ia sudah pasti memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.. Selalunya mereka memilih fluorescent color, kerana bukan sahaja terang, malah warnanya lebih menarik dan ceria.. Sesuai sangat jika ditunggang ketika riadah kerana melalui warna pon jiwa si penunggang dapat merasai ketenangan.. Apatah lagi orang sekeliling yang memerhatikannya..

Masalahnya di sini adalah keselamatan penunggang kerana disebabkan basikal fixie tiada brek, ia memerlukan kemahiran si penunggang untuk memberhentikannya.. Tapi kebanyakan, fixie yang digunakan untuk beriadah ini dilengkapi dengan brek.. Jadi tak perlu risau dah bab brek tu.. 

Keselamatan ketika menunggang secara berkumpulan juga perlu diambil berat sebelum perkara yang tak diingini berlaku.. Jangan sampai riadah bertukar padah..

Untuk pengetahuan anda, harga fixie ni pun bleh tahan jugak.. paling murah dalam RM400-RM800 biasanya, dan ada jugak yg mencecah RM2000-RM3000, bergantung kepada design, warna, bentuk & jenama fixie tersebut.



20 fakta menarik berkenaan basikal fixie ini:
  1. Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
  2. Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  3. Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
  4. Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  5. Basikal fixie tidak mempunyai gear.
  6. Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  7. Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.
  8. Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersediri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
  9. Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana pada basikal biasa anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  10. Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebioh “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.

Tiada ulasan: