AKU NAK CERITA::011_Najwa Latif



DENGAN ADANYA MINAT DALAM DIRI SESEORANG INDIVIDU, IA AKAN MEMBAWA KITA KE ARAH YANG LEBIH CEMERLANG DI MASA AKAN DATANG. APABILA TIMBUL MINAT  PADA SESUATU PERKARA, MAKA AKAN TIMBULLAH CITA-CITA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK. MINAT YANG MENDALAM TERHADAP SESUATU BIDANG BOLEH MENGUBAH HIDUP KITA PADA MASA AKAN DATANG.

Nama penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Nama Komersial: Najwa Latif
Umur: 16 tahun
Tarikh Lahir: 23 Mei 1995
Asal: Batu Pahat, Johor







Bilangan Adik Beradik: Anak ketiga daripada empat orang
Berasal dari Johor, tiada siapa yang menyangka minat pelajar Sekolah  Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim di Batu Pahat ini berjaya membawanya untuk berada di tempatnya sekarang. Dikenali melalui laman sesawang YouTube, Najwa Latif berjaya membuktikan umur bukanlah penghalang baginya untuk menggenggam sesebuah kejayaan. Seawal umur 14 tahun, dia sudah mula mempelajari gitar. Biarpun minatnya untuk bermain gitar timbul sewaktu melihat kumpulan antarabangsa M2M membuat persembahan yang pada ketika itu dia masih lagi kecil, cita-citanya dihalang oleh bapanya dengan alasan risau pelajaran Najwa akan berhenti separuh jalan. Akur dengan arahan bapanya, Najwa menunggu beberapa tahun untuk meyakinkan bapanya sebelum diberi keizinan meneruskan impiannya itu. 
YouTube Sebagai Penghubung
Najwa merupakan anak ketiga daripada empat orang beradik yang kesemuanya terdiri daripada perempuan.  Setiap ahli dalam keluarganya pandai bermain alat muzik. Najwa memilih untuk belajar bermain gitar berbanding adik dan kakaknya yang lain. Atas minatnya itu, dia sering memuat turun video nyanyiannya ke laman sesawang YouTube. Menurut gadis ini, aktivitinya itu akan membolehkan bapanya yang berada di Kota Tinggi dan kakaknya yang berada di Shah Alam melihatnya bermain gitar. Malah secara tidak langsung ia telah menjadi penghubung di antara Najwa, bapanya dan kakaknya sendiri. Namun takdir menyebelahinya apabila perbuatannya itu telah menjadikannya terkenal dan popular kini.
“Saya tidak menyangka ada juga orang lain yang melihat video tersebut. Saya  bersyukur kerana dengan video-video tersebut, saya berjaya mencapai impian saya untuk menjadi penyanyi,” cerita Najwa.
Single Kedua
Setelah kejayaannya dengan lagu “Cinta Muka Buku”, Najwa Latif kini tampil dengan  single keduanya  ertajuk “Carta Hati”. Dia turut ditanya tentang single terbaharunya ini. “Sebenarnya “Carta Hati” adalah lagu pertama nukilan saya. Lagu ini telah lama saya cipta, namun di awal kemunculan saya, pihak label mahukan  lagu “Cinta Muka Buku” menjadi single pertama saya. Saya tak kisah, malah saya memang suka lagu itu. “Klip  video “Cinta Muka Buku” boleh dikatakan sebagai kejayaan dalam kerjaya saya kerana klip video itu berjaya  mencapai hit sebanyak empat juta tontonan hanya selama empat bulan ia dilancarkan. Saya harap klip video  Carta Hati” akan diterima peminat sepertimana klip video “Cinta Muka Buku,” kata Najwa tentang single keduanya itu.

2 ulasan:

mR.kemB0ng berkata...

rambut tu tunjuk real la cho

helmie_nomie berkata...

hahaha..jgn macm2 bro..:)